Saturday 15 December 2012

Input/Output - I/O Module


Input/Output Module
Secara umumnya, peranti luaran tidak disambung terus ke dalam bus structure komputer. I/O modul adalah satu penyambung(interface) bagi peranti luaran  kepada CPU dan memory.

Peranti luaran disambungkan kepada I/O modul membenarkan pertukaran data antara persekitaran luaran dengan komputer.
Ia boleh dikelaskan kepada :
1.    Human readable (dapat dibaca oleh manusia)
2.    Machine readable (dibaca oleh mesin)
3.    Communication (komunikasi)

Penyambung kepada I/O modul adalah dalam bentuk kawalan(control), data dan status isyarat.

Kawalan isyarat menentukan fungsi peranti , contohnya membaca (read) dan menulis (write).

Data merupakan satu set bit yang dihantar atau diterima daripada I/O modul.
Status isyarat menunjukkan keadaan peranti, iaitu sedia atau tidak sedia.

Logik kawalan (control logic) dikaitkan dengan peranti, mengawal operasi peranti sebagai tindak balas kepada arahan dari I/O.

Transducer menukar data dari elektrik kepada bentuk yang lain semasa output dan dari bentuk lain kepada elektrik semasa input.



Fungsi I/O Modul
Fungsi-fungsinya adalah seperti berikut :
1.    Kawalan dan masa (control and timing)
2.    Komunikasi CPU (CPU communicating)
3.    Komunikasi peranti (Device communication)
4.    Data buffering
5.    Pengesanan kesilapan (Error detection)

a.     Kawalan dan masa (Control and timing) menyelaras aliran trafik antara sumber dalaman (internal resources) seperti main memory, system bus dengan sumber luaran (external resources.  Dalam kawalan dan masa, pertamanya CPU mengarah I/O modul untuk menyemak status peranti yang dilampirkan (attached device). Kemudian, I/O modul memberitahu status tersebut. CPU meminta pemindahan data kepada I/O modul jika peranti bersedia. I/O modul mengumpul data dan memindah ke CPU.

b.    Komunikasi CPU membenarkan komunikasi dengan processor dalam aspek menerima arahan daripada processor, bertukaran data, laporan status dan pengiktirafan alamat (address recognition).

c.     Komunikasi peranti membolehkan komunikasi dengan peranti luaran.

d.    Data buffering memegang data yang akan dipindahkan antara I/O modul dengan peranti luaran secara sementara.

e.     Error detection mengenal pasti kesilapan dan melaporkan kesilapan kepada processor.

Berikut adalan gambar rajah I/O modul.

Written by,
QUEK XIN YI
B0312120203


No comments:

Post a Comment